
Saturday, September 11, 2010
Hakikat Sebuah Cerita Tentang Dunia

Suatu kisah...
Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.
Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.
Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. "Adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.
"Siapakah wanita itu?"
Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.
"Adakah wanita itu orang gila?"
Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.
Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.
Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur.
"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Buang-lah," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.
"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.
"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi.
"Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.
-------------------------------
Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud yang bermaksud:
"Hampir-hampir seluruh umat mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.' Ada yang bertanya, 'Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?' Nabi s.a.w menjawab: 'Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.' Ada yang bertanya: 'Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?' Jawab Baginda: 'Cintakan dunia dan bencikan mati.' "
Dunia kini berbagai ragam, bermacam fesyen,
kerana itu,ramai muslimahku kini menjadi mangsanya.
Mangsa fesyen yang melanggar SYARA'!
wahai muslimahku yang dikasihi Allah,
sedarkah kamu,
tentang ayat-ayat Allah dan seruan Nabimu..
jangan didustakan lagi..
Kenapa..
Kau tidak memakai tudung, berpakaian rapi menutup auratmu?
ada pula,yang memakai tudung, tapi tidak menutup dadamu,
berpakaian jarang, sendat menampakkan tubuh..
ada pula sudah rapi menutup aurat, tetapi masih ghairah dengan kecantikannmu.
Ingatlah muslimahku,
jangan dijadikan kecantikan mu, sebagai penggoyah iman saudaramu..
jangan pula, menjadi muslimah yang menutup litup,
tetapi tidak menjaga batas pergaulan,
menjadi fitnah agama..
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka .....(annur:31)
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [al-Ahzab 33:59]
Duhai muslimahku yang dikasihi Allah,
sedarlah...
bangkitlah kamu dari helah duniawi,
jangan terus menerus tersungkur dan terjatuh,
itu bukan sifat muslimahku yang bercita-cita kesyurga,
simpanlah segala kecantikanmu,
untuk yang berhak selayaknya,
agar kau dapat menjadi perhiasan yang tertutup rapi,
cantik didalam dan diluar,
perhiasan yang sukar dijumpai,
bak permata berharga..
Wahai kaum wanita, bersedekahlah dan banyakkanlah beristighfar,
kerana sesungguhnya aku mengetahui kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka
(Hadis Riwayat Bukhari dan Ibn Majah)
FIRMAN ALLAH;
“ALLAH YANG MENCINTAKAN KAMU KEPADA IMAN, DAN ALLAH YANG MENGHIAS IMAN ITU DALAM HATI KAMU, DAN ALLAH MEMBENCIKAN KAMU KEPADA KUFUR (KEKAFIRAN) DAN PERLANGGARAN (KEFASIKAN) DAN MAKSIAT DOSA. MEREKALAH ORANG YANG DAPAT PETUNJUK, ITU SEMUA KURNIAAN DARI ALLAH DAN NIKMAT, DAN ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI BIJAKSANA.” (AL-HUJARAAT: 8 )
Dunia itu penuh dengan perhiasan, dan seinda-indah perhiasan adalah wanita solehah
(maksud hadith)
Bagaimana Dengan Mood Anda Hari Ini?
Apakah mood anda hari ini?
Suka? Duka? Ceria? Sedih? Manis? Kelat?

Apapun mood kita, pastikan ianya tidak memalingkan kita daripada terus mencari redha Allah.
Anda gembira? Alhamdulillah. Namun pastikan kegembiraan kita bertepatan dengan kehendak Allah. Bukan gembira kerana melakukan perkara yang dilarang-Nya.
Anda sedih? Bersabarlah. La tahzan. Allah sentiasa bersedia untuk mendengar rintihan dan keluhan kita.
Mudah-mudahan kita tetap teguh mencari redha-Nya walau apa pun mood kita.
Friday, September 10, 2010
Mini-Fityan Edisi Khas Ramadan dan Hari Kemerdekaan
Pesanan Luqman Al-Hakim kepada anaknya
1. janganlah mensyirikkan ALLAH kerana syirik adalah sebesar-besar kezaliman...
2. TAATilah dan berbuat BAIK kepada kedua ibu bapa .
ALLAH akan membalas semua amalan walaupun sebesar biji sawi...
3. dirikanlah SOLAT...
4. ajak manusia ke arah KEBAIKAN dan TEGAHlah mereka daripada melakukan kemungkaran....
5. BERSABAR terhadap apa yang menimpa kamu...
6. jangan BANGGA diri...
7. SEDERHANALAH dalam berjalan dan LUNAKkanlah suaramu kerana seburuk-buruk suara ialah
suara keldai......
Thursday, September 9, 2010
Ayo!Hantarkan artikel yang anda rasa patut kita kongsikan bersama..Anda hanya perlu hantarkan artikel anda melalui table comment di bawah ini..kemudian sye sendiri yang akan edit artikel yang anda hantarkan untuk diletakkan di ruang 'ARTIKEL'..
Selamat mencuba!
Wednesday, September 8, 2010
Thursday, June 24, 2010
Wednesday, June 23, 2010
Hubungan Cola-Cola dengan Sang Babi

Sori la korang sumer, selama ni kurangnye aku post entri2 baru..sibuk sikit dengan exam mid year…(doakan aku dpt result yang baik2 ye)..
Satu lagi aku sibuk buat eksperimen dengan blog baru aku di blogspot…kalau korang dah baca entri yang lepas pasti korang dah tau kisah nya kalau tak.. klik sini.. aku masih tak tau buat pilihan…
Oklah kawan2 berbalik pada tajuk entri..pelik kan? apa kaitan coca cola yang manis tahap gaban tu dengan babi yang haram…ternyata kebenaran Al-Quran sekali lagi terbuti lepas tengok video kat bawah…yuckksss…
geli kan? haaa.tu daging babi..ni air coke plak…
kejam betul pebuat coca cola ni…
sesuai sangat aku post kan entri ni time2 selsema babi camni…so..
the moral of the story: renung2 kan lah..terbukti Islam itu benar tentang babi…air mendidih pun tak leh bunuh kuman2 dalm daging babi…masyaallah…
psst: aiseyman…MU kalah la…sedih2…main macam tak semangat je team MU…anyway..congrats to barca…ok la tu..dua2 team dapat treble taun ni…aku mungkin tak buat pasal match pagi tadi..kalau aku post semakin sedih plak aku dibuatnya… peace!!
"Cyber of jihad also known as cyber for jihad"
komik islamik [006]
Sila klik pada gambar untuk dibesarkan..
Sila klik pada gambar untuk dibesarkan.."Cyber of jihad also known as cyber for jihad"
komik islamik [004]

Serulah pada mereka yang berada di kelilingi anda.Semestinya dengan berhemah!
"Cyber of jihad also known as cyber for jihad"




















